Pengaruh Daniel Nabi_Daniel

Kerana tempatnya dalam kanun Yahudi dan Kristian, Kitab Daniel telah memberikan pengaruh yang besar dalam sejarah Yahudi dan Kristen.

Kitab Daniel dimasukkan dalam Alkitab Ibrani, Tanakh, dalam bagian yang dikenal sebagai Ketuvim (Hagiographa, atau "Tulisan-tulisan") . Daniel dianggap sebagai Nabi dalam Qumran (4Q174 [4QFlorilegium]) dan belakangan oleh Yosefus (Antiquity of the Jews 10.11.7 §266) dan oleh pengarang ("Pseudo-Philo") dari Liber antiquitatum biblicarum (L.A.B. ["Book Biblical antiquities"] 4.6, 8), dan dikelompokkan di antara nabi-nabi dalam Septuaginta, kitab Perjanjian Lama orang Yahudi dalam bahasa Yunani, dan oleh orang Kristian, yang menempatkan kitab ini dalam kumpulan Nabi-nabi. Namun demikian, Daniel saat ini tidak dicantumkan oleh orang-orang Yahudi di dalam kumpulan Kitab Nabi-nabi, Nebiim.

Ahli eksegesis Yahudi, Rabi Moses Bin Maimon, yang digelar Maimonides, begitu prihatin bahawa "kaum awam yang tidak terdidik akan tersesat" bila mereka mencuba menghitung waktu Mesiah kerana ada ketetapan yang mengatakan "Terkutuklah mereka yang meramalkan akhir zaman." Ungkapan ini dapat ditemukan dalam suratnya IGERET TEIMAN dan dalam buku kecilnya Peraturan dan Peperangan Sang Raja Mesiah.

Rabi Yehuda Loew bin Bezalel meratapi bahawa masa penggenapan nubuat Daniel "sudah lama lewat" (Sanhedrin 98b, 97a).

Orang Kristian tradisional menerima nubuat-nubuat Daniel, karena mereka percaya bahawa semuanya itu menggambarkan bahawa Yesus Kristus(Nabi Isa) dari Nazaret itulah sang Mesiah, dan juga kerana dalam Matius 24 Yesus sendiri dikutip menggambarkan nubuat Daniel berlaku bagi kejadian-kejadian yang akan datang tepat sebelum datangnya Hari Penghakiman, dan bukan kepada Epifanes yang hidup sekitar 175 tahun sebelumnya. Mereka menganggap bahawa Nubuat tentang Tujuh Puluh Minggu itu benar-benar meyakinkan kerana apa yang mereka tafsirkan sebagai ketepatan nubuat. Banyak orang Yahudi Ortodoks percaya bahwa nubuat itu merujuk kepada kehancuran Bait Suci Kedua oleh orang-orang Romawi pada 70 M. Namun para sarjana sekular percaya bahawa nubuat itu lebih seiring dengan pemerintahan Antiokhus, dan bahawa ini merupakan contoh tentang vaticinium ex eventu (nubuat yang dibuat setelah kejadiannya berlaku).

Kajian tentang malaikat pada Abad Pertengahan juga dipengaruhi oleh kitab ini, karena inilah satu-satunya sumber Perjanjian Lama untuk nama-nama dari kedua penghulu Malaikat, Gabriel dan Mikail (Dan 9:21; 12:1)untuk penganut agama Yahidi dan Kristian. Malaikat satu-satunya yang lain yang disebutkan namanya di dalam Perjanjian Lama adalah Rafael, yang disebutkan dalam Kitab Tobit, sebuah kitab deuterokanonik.